Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 75

A A A
Alkitab Versi Borneo

Untuk pemimpin muzik. Menurut lagu "Jangan Musnahkan." Mazmur Asaf. Sebuah nyanyian. 1Kami mengucap syukur kepada-Mu, ya Allah,

kami mengucap syukur, kerana hasil kerja-Mu yang menakjubkan;

mengisytiharkan bahawa nama-Mu dekat.

2Engkau berkata, "Apabila Aku memilih masa yang wajar;

Aku akan menghakimi dengan adil.

3Bumi dan semua penghuninya dilarutkan,

aku memacakkan tiang-tiang cukup teguh.

4Aku telah berfirman kepada orang yang angkuh, 'Janganlah melakukan sesuatu dengan cakap besar,'

dan kepada orang zalim, 'Janganlah mengangkat tanduk.

5Janganlah mengangkat tandukmu tinggi-tinggi;

janganlah bercakap dengan bertegang urat leher.' "

6Kerana peninggian tidak datang dari timur atau dari barat ataupun dari selatan.

7Tetapi Allah yang menjadi hakim:

Dia menurunkan seseorang dan meninggikan orang lain.

8Kerana di tangan TUHAN ada cawan

dan air anggur-Nya merah;

sudah cukup dibancuh, lalu Dia menuangkannya,

sesungguhnya semua orang zalim di bumi akan meneguknya sampai habis setiap titik.

9Tetapi aku akan mengisytiharkannya untuk selama-lamanya;

aku akan menyanyikan pujian kepada Allah Yakub.

10Semua tanduk orang zalim akan dipotong-Nya,

tetapi tanduk orang yang benar akan ditinggikan.